Saturday, October 22, 2016

Senarai Pakej eCommerce Di Malaysia Yang Menarik

Anda sudah dengar pembentangan bajet 2016 baru baru ini? Tahun 2017 adalah tahun Internet Ekonomi Malaysia. Banyak peruntukkan bajet untuk startup Malaysia dan industri eCommerce Malaysia. Ini bermakna akan lebih banyak dan ramai peniaga yang akan mula mengambil peluang perniagaan melalui internet. Akan ada lebih ramai orang berminat untuk buat duit secara online. Dan sudah tentu bisnes online akan menjadi salah satu pasaran yang sangat menarik pada tahun tahun mendatang.

Kalau sebelum ini anda mungkin sudah biasa mendengar shopping cart percuma yang datang sekali dalam pakej cPanel web hosting. Memang ianya percuma TETAPI tiada perkembangan ke arah itu oleh developer. Dengan kata lain, kalau sistem shopping cart anda bermasalah, anda pandai pandai sendiri lah betulkannya. Adakah anda pandai dalam hal hal yang berkaitan dengan koding? Kalau anda tidak tahu, dan anda serius mahu menjalankan perniagaan secara online, saya nasihatkan anda jangan gunakan sistem kedai online percuma sebegitu.

Contoh theme web eCommerce dari pakej EasyStore

List Langgan Pakej Web eCommerce Terbaik Malaysia


Saranan saya anda patut melanggan pakej eCommerce yang ada di internet. Anda tidak perlu ambil tahu tentang hosting atau tentang perkara yang melibatkan teknikal. Semua itu adalah tugas pihak penyedia hosting eCommerce. Anda sebagai peniaga online, hanya perlu langgan dan guna sahaja. Terus jalankan bisnes online anda tanpa memikirkan perkara perkara yang remeh. Ini yang anda perlukan. Nanti akan lebih banyak persaingan maka anda perlu fokus kepada perniagaan online anda.


Di Malaysia, kita ada beberapa syarikat penyedia kedai online eCommerce yang bagus. Dan saya ingin berkongsikan dengan anda akan beberapa pakej eCommerce di Malaysia yang boleh anda cuba. Kenapa pakej dari Malaysia? Ianya kerana mudah untuk anda berkomunikasi dengan mereka melalui email atau FB. Dan ada juga yang dari luar negara tetapi telah membuka cawangan syarikat mereka di Malaysia. Lihat senarai pakej di bawah ini.
  1. Shopify – Sistem website e-commerce dari luar negara yang sangat POPULAR 
  2. SiteGiant – Salah satu website e-commerce yang popular di Malaysia. Sistem terbaik setakat ini
  3. EasyStore – Di Miliki oleh Exabytes iaitu website hosting yang ternama di Malaysia
  4. KedaiOnlinez – Salah satu website e-commerce yang ditulis dalam bahasa Malaysia. 
Anda minta saya tolong pilih pakej eCommerce yang mana yang paling bagus? Ianya bergantung kepada bajet dan saiz bisnes anda. Kalau untuk sistem eCart yang bagus, saya menggalakkan anda pakai pakej dari Shopify kerana popular dan terbaik. Kalau untuk pasaran Malaysia yang paling lengkap adalah dari SiteGiant. Kalau anda mahukan pakej yang asas semua cukup tetapi dengan harga yang murah, anda boleh pilih pakej eCommerce dari EasyStore. Buatlah pilihan anda.